Kekurangan pelaporan Rogol

Pada tahun 2001, hanya 39 peratus kes rogol dan serangan seksual di Amerika Syarikat dilaporkan kepada pihak penguatkuasa — satu pertiga, menurut Penyelidikan Pengorbanan Jenayah Nasional Tahun 1999. Alasan yang paling biasa diberikan oleh mangsa-mangsa ialah bahawa hal itu adalah hal peribadi dan juga kerana mereka takut akan pembalasan oleh penyerang.

Kaum-kaum advokasi yang berkaitan dengan rogol telah mengemukakan beberapa cara untuk meningkatkan pelaporan serangan seksual, yang mana kebanyakannya bertujuan semata-mata untuk mengurangkan renjutan emosi psikologi yang dialami oleh mangsa rogol berikutan serangan. Pada masa sekarang, banyak bahagian polis telah menggunakan pegawai wanita untuk mengendalikan kes-kes rogol. Kaum-kaum advokasi telah juga membuat permintaan bahawa proses perundangan dirahsiakan; telah menjadi satu kebiasaan di kalangan wartawan Amerika Syarikat yang mana mereka menyembunyikan nama mangsa rogol dalam laporan berita mereka.

Sebilangan kaum-kaum advokasi juga mengendalikan talian panas untuk memberi nasihat dan rawatan kecemasan psikologi. Di negara Amerika Syarikat, talian panas yang termashyur ialah talian yang dikendalikan oleh RAINN, iaitu akronim bahasa Inggeris untuk "Rangkaian Nasional Rogol, Penyiksaan dan Zina Sebaka". Hanya RAINN sahaja yang membekalkan talian percuma 24 jam yang sulit di Amerika Syarikat. Nombor telefonnya ialah 1-800-656-HOPE.